kau sahabat dunia akhirat . insha Allah ~


wahai kawan , aku seorang yang lemah , aku seorang yang tak mampu menjadi yang terbaik buat kau . Tapi aku cube untuk jadi kawan yang benar benar ikhlas untuk berada disamping mu . ingatlah kawan walaupun aku selalu sakitkan hati mu , aku tak pernah cube untuk tinggalkan dirimu . Janganlah kau cube jauh kan diri dari ku , kerana aku tak sanggup mencari sahabat yang lain . ingatkah kau bahawa "Ada kalanya mungkin aku akan turut rasa sakit , aku akan kesunyian , hati aku akan sakit tapi hanya seketika .aku rasa jealous yang teramat sangat tapi apa daya aku untuk menghalang kau dari berkawan . aku pasrah . aku akan sedih , aku akan jaga memori indah kita" masihkah kau ingat ? masihkah ? ayat pertama yang kau bagi aku masa pertama kali kita mula saling kenal mengenali xD kalau kau tahu , aku cube untuk penuhkan permintaan nie . aku cube . tapi apakan daya aku manusia biasa . hati aku berubah bila aku tak boleh terima apa yang berlaku , apa yang aku nampak . maafkan aku . maafkan aku . aku nak jadi kawan baik kau , aku nak jadi yang terbaik untuk kau . aku harap kita boleh kekal jadi kawan sampai bila bila . apa yang kau selalu cerita , selalu aku ingat . aku tak pernah sia sia kan . walaupun kadang kadang aku memain tapi percaya lah , setiap kali aku lihat muka kau aku selalu pikirkan apa yang terjadi dalam hidup kau . aku taknak kau kecewa , aku taknak kau merana . aku cube untuk masok bila kau sedih , tapi aku tahu aku tak mampu untuk berada disisi kau . hm . sambung jap lagi . ada kelas ~ hahaha . bye .

hye hye , lama dah tak citer citer . bila agak bosan , baru la nak cari kau kan blog ? hahaha . aku tak tahu la kenapa dengan diri aku ni . semua orang tengok aku happy , tapi sebaliknya ... tapi aku tahu ada hikmah disebalik semuanya . aku teringin nak jadi insan yang terbaik untuk dia . aku dah cuba . dan terus mencuba hingga hari ini . hakikatnya mungkin aku diberi dugaan menilai keikhlasan aku sendiri untuk menjadi teman disisi dia . cemburu ? manja ? sayang ? marah ? merajuk ? gembira ? biasa lah tu lumrah kehidupan . terima jelah walaupun pahit juga yang menjadi teman :D sekali sekala apa salahnya kan ? in shaa Allah aku akan cuba menjadi yang TERbaik . Zzzzzz besok sambung ...... hahaha

apa nie ?


Hai , tak tahu la buat apa . lagi pun dah lama tak bukak blog nie . berhabuk sudah , penat meniup . hahahaha . Hah , baru teringat nak cerita pasal sorang kawan nie . hee , aku pun tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan dia . aku juga tak sangka dia la tempat aku bermanja , mengadu , bertengkar masa kat hostel . mungkin dia anugerah dari Allah , mungkin juga dia muncul untuk jadi peneman aku dikala aku sunyi . best sangat kawan dengan dia walaupun kerap gaduh . bak kata pepatah "gaduh manja" dia memang manja pun . macam bebudak , anak last lah katakan . hahahaha! sorry demok :p walaupun macam bebudak tapi garang tau , dia lah doktor dia la mak dia la segalanya bila kat hostel nie . sebab tu aku sayang dia . aik ? sayang ke ? hehehe . mesti la sayang .dia selalu buat aku geram dengan perangai manja dia , rasa nak cubit cubit je pp dia yang tembam tu .

walaupun baru kenal tapi dah macam lama je kenal dia . tapi kesian tau kat dia , aku selalu buat dia nangis , dia selalu kecil hati dengan aku , kejam tak aku ? kejam kan buat dia macam tu . ish . teruk perangai . ish ish . yang aku tertanya tanya kenapa mesti dia cerita kat org lain , kenapa bukan aku yang tahu dulu dia selalu kecil hati dengan aku ? kenapa kenapa kenapa ? :'( tapi takpe , aku tahu dia nak jaga hati aku , aku tahu dia sayang aku , aku tahu dia ikhlas nak jadi kawan aku . terima kasih .

aku akan cuba jadi kawan yang terbaik buat dia . mungkin aku tak layak tok jadi kawan dia , aku tahu aku memang tak layak tapi aku nak buktikan yang aku akan jadi yang TERbaik untuk hapuskan air mata yang jatuh di pp nya dan lembutkan hati yang kecewa dengan sikap manusia yang terlalu pentingkan diri sendiri . boleh ke ? 
boleh ke ? macam tak layak je ? selalu aku pikir aku tak pernah jadi yang terbaik untuk semua org , ada je silap yang aku buat , ada je salah yang aku buat , hina sangat ke aku nie ? aku teringin nak disayangi , aku teringin nak dimanja . hm arghh TENSION tahu . ish tengok dah lari topik . err bahasa melayu pun terabur macam nie ke anak org melayu ? kah kah kah .

apa yang aku cerita nie ? ish apa nie apa nie ? teruk lagi bertambah perangai . hahahahah! dah tak ada idea dah nie . undur diri dulu la . bye bye bye ! penutup tak ada . penutup tak ada . lalalalala~ sampai disini saja yang mampu saya bicara . hilang habuk sudah ini blog . bye assalamualaikum ~